Thursday, July 11, 2013

Kari terung ikan masin

3 biji terung panjang/ bulat
Ikan masin talang dipotong kecil
3 cawan santan dari sebiji kelapa
* 6 ulas bawang merah
* 1 inci halia
* 5 ulas bawang putih
Air asam jawa
1 sb rempah kari ikan
1 sb rempah kari daging
2 tangkai daun kari
Tomato ceri (optional)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

----
Tumbuk lumat *. Tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan daun kari. Kacau sekejap.

Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air asam. Dan tumis hingga pecah.minyak atau sedikit kering. Kacau selalu supaya tak hangit.

Masukkan santan. Kacau sebati dengan bahan yang ditumis tadi. Masukkan ikan masin dan terung. Masak hingga terung empuk. Masukkan tomato ceri dan tambah garam jika perlu sebab sesetengah ikan masin dah cukup untuk memasinkan kuah. Tutup api.

(kalau rasa2 ikan tu terlalu masin, rendamkan sebentar untuk mwngurangkan kemasinannya sebelum dimasak.). Ikan masin yg saya gunakan ni saya buat sendiri hasil tangkapan enxik hubby bulan lepas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...