Thursday, July 4, 2013

Agar-agar lumut/agar-agar santan/agar-agar pandan

Cnp dari http://momharraz.blogspot.com. Buat untuk majlis kat opis... Kelapa ada, malas nak perah...jadinya guna susu cair jer...



Bahan-bahan •
10 g agar-agar tali / serbuk •
200g gula (kurangkan kalau x suka manis) ~ 3/4 cawan
1100ml air •
200ml santan pekat - saya ganti dengan susu cair
1 biji telur •
Sehelai daun pandan / perisa pandan •
Secubit garam •
Pewarna hijau
Cara Membuat
1. Agar-agar tali di rendam sekejap. Perah dan masak dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila semuanya hancur tapiskan.
3. Kecilkan api. Masukkan daun pandan, pewarna hijau dan perisa pandan.
4. Kacau telur dengan santan.
5. Masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi. 6. Kacau sehingga mendidih.
7. Tuang ke dalam acuan.
8. Sejukkan dan dinginkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...