Sunday, July 14, 2013

Briani daging dan nasi minyak

Kali ni nak share masakan encik hubby plak.

1 kilo daging ros(harimau menangis) potong kiub lebih kurang 3 inci
*4 sb rempah briani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia
*5 biji tomato
*4 biji cili hijau
3 pokok daun ketumbar
3 pokok daun sup
3 pokok daun bawang
Secekak daun pudina
2 batang chinese leek
2 batang karot
3 sb kismis
6 sb madu
2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
1/2 keping gula melaka
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
1/2 cawan susu cair
4 sb sos tiram
4 sb sos cili
4 sb minyak sapi (QBB paling best)
250 gm bawang goreng
Garam secukup rasa

Kisar bahan *. Gaul daging dengan semua bahan2 di atas sehingga sebati. Masakkan di atas api sederhana sehingga daging empuk dan kuah agak pekat.

***kacau sekali sekala supaya tak hangit.

Nasi minyak

6 pot kecil beras basmati (basuh dan rendam 1/2 jam)
6 sb minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
*1 labu bawang putih
*10 ulas bawang merah
*2 inci halia
3 helai daun pandan
1 cawan susu cair
2 sb sunquick oren
Secekak daun pudina
3 pokok daun ketumbar
Kismis dan gajus
Pewarna maksnan
Garam secukup rasa.

Kisar halus *. Panaskan minyak sapi dan tumis rempah dan *. Masukkan air, susu, sunquick dan garam secukup rasa. (1 beras 1 air). Masukkan daun pandan. Biarkan mendidih. Masukkan beras yg dah direndam dan ditoskan. Gaul rata. Masukkan daun pudina dan ketumbar.

Bila nasih dah masak titiskan dengan pewarna makanan. Biar seketika. Kacau/kareh nasi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...