Friday, July 19, 2013

Bubur gunting nangka

Menu ni mengingatkan saya zaman kecil2 kat kampung dulu. Sekarang ni bubur ni dah makin dilupakan sampaikan anak saya kata ummi letak roti canai ke dalam bubur ni.

Saya rasa bubur ni sedap sangat. Tapi pada orang lain tak tahu la...femes kat Perak. selalunya orang tak letak nangka pun tapi bila pegi pasar nampak orang jual tergoda la pulak dengan baunya yg menusuk kalbu tu.... nak makan macam tu jer  perut tak tahan jadi masukkan la dalam bubur gunting ni...kan dah jadi satu inovasi kepada bubur gunting....

Untuk lempeng

Tepung gandum
Air
Sedikit garam.

-----
Uli bahan di atas hingga jadi doh. Jangan lembut sangat.

Ambil sedikit doh dan canai nipis. panaskan nonstick pan dan masak doh hingga ada nampak garing2 skit. tak perlu letak minyak ye.

gunting lempeng kecil2 lebih kurang 2 inci. ketepikan.

seterusnya

10 biji nangka madu - buang biji dan hiris kecil
5 cawan santan
gula melakan dan sedikit garam

---------
masukkan santan ke dalam periuk. tambahkan gula dan garam secukup rasa. masak hingga mendidih. kacau selalu supaya tak pecah minyak.

masukkan nangka dan lempeng gunting. masakkan seketika. dah siap.....senang jer kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...