Sunday, July 7, 2013

Fettucini goreng hijau

Menu ni merupakan adaptasi daripada resipi mee lidi goreng hijau yg di cnp daripada Ummi Kuantan. Aritu dah tengok2 kat tesco mee lidi tapi sebab tak berapa nak yakin dgn statusnya saya beli la fettucini nih... Rupa lebih kurang jer kan....
Anak2 suka pulak benda nih....terima kasih kepada yg sudi kongsi resepi ni yer...
Bahan2:
Air secukupnya
1/2 bungkus mi lidi sedikit
minyak jagung
minyak masak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicindang
2 sudu besar kicap cair
1 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit lada sulah
10 ekor udang segar
1/2 biji kobis ~ dihiris

Bahan dikisar :
2 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau
4 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Cara: Didihkan air, celup/celur mi lidi, angkat dan toskan. Gaul mi lidi bersama sedikit minyak jagung sehingga rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak , tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga keemasan.
Masukkan bahan kisar dan kacau seketika. Bubuh kicap cair bersama kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau lagi.
Masukkan udang bersama kobis dan kacau. Bubuh mi lidi dan gaul rata sehingga masak. Hidangkan bersama sedikit serbuk lada sulah jikalau mahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...