Monday, July 15, 2013

Kuey tiaw kari simple

Bulan2 posa ni tekak ni asyik la teringin makan macam2....hari ni teringin makan kuey tiaw kari plak sebab daun pudina kat dlm pasu tu dah banyak sangat, kena selalu ambil supaya lebih membiak....anak minta masakkan mee kembang goreng....tapi ummi dia pujuk la makan mee kari jer ari ni yer nak.....

Nasib baik dia setuju....kalu tak dah kena msk macam2. Kuey tiaw kari kali ni simple jer sebab fish ball, tauhu dan esesori lain sume takde. Amik gambar pun tak sempat nak platting2 beria2. Dah masuk waktu berbuka....

1/2 ekor ayam di potong kecil
2 sb rempah kari ikan
2 sb rempah kari ayam
*Segemgam ikan bilis
*2 biji bawang besar
*2 inci halia
*6 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk
3 tangkai daun kari
10 cawan santan
6 sb Air asam pekat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Sawi dicelur
Daun pudina
Bawang goreng
Limau kasturi
Kuey tiaw

Kisar * hingga halus. Tumis hingga naik bau. Masukkan daun kari, serai dan rempah kari yang dibancuh dengan air asam dan sedikit air. Tumiskan hingga pecah minyak. Selalu kacau supaya tidak hangit.

Masukkan ayam, gaul sebati. Kslau terlalu kering masukkan sedikit santan. Masak hingga ayam separuh masak. Masukkan samtan. Perisakan dengan garam. Masak hingga mendidih.

Celur kuey tiaw dan taburkan bahan2 lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...