Saturday, January 21, 2017

Kek Pisang Lembab

Ni ulang tayang. Resepi yang saya ubahsuai dari sumber rujukan azie kitchen. Istimewanya kek ni sebab pisang dari kebun sendiri.....minggu lepas ambil, minggu ni dah ranum beberapa sikat.

Kejadian kek ni memang cemerlang. Penyediaannya pun tak rumit. Rasanya pun sedap. Kalau rajin nanti buat lagi untuk bawa ke pejabat pulak.....insya Allah.


Resepi Kek Pisang Lembab
zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-Bahan

4 biji pisang emas/lemak manis - lecek
5 biji telur gred C
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengn mentega cair)
1/2 sk garam

Bahan Ayak

1 sk baking powder
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat

Bahan Lain

1 sk esen vanila
1 sb jus limau nipis/kasturi/lemon


Cara Buat Kek Pisang Lembab

1. panaskan oven pada suhu 170 drajah Celcius, kemudian siapkan loyang dan lengser mentega ke seluruh bahagian loyang dan ketepikan.

Pisang lemak manis......bahagia dapat rasa hasil kebun sendiri

2. putar gula, minyak dan telur sehingga putih dan masukkan pisang selepas tu kacau rata. Kemudian tambah garam. Kacau rata. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak dan kacau sebati menggunakan spatula.

3. masukkan esen vanilla dan jus limau kemudian gaul sebati dan bila adunan sudah siap masukan ke dalam loyang bakar selama lebih kurang 50 minit sehingga masak.


Wednesday, January 18, 2017

Pucuk paku tumis belacan


Pucuk paku tumis belacan masakan encik hubby ni memang sedap dan menambah selera. Kena pulak pedas2 cili padi kampung yang diambil dari kebun kawan....memang berpeluh2 dibuatnya tengahari tu.


Pucuk paku tumis belacan abg sado jj

Bahan-bahan

2 ikat pucuk paku
10 biji cili padi *
Segenggam ikan bilis *
5 ulas awang merah  *
5 ulas bawang putih  *
2 inci belacan *
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Tumbuk *. Panaskan minyak dan tumiskan * hingga naik bau dan sedikit garing.
Seterusnya masukkan pucuk paku.
Kacau sebati, masak hingga pucuk paku layu. Perasakan dengan garam sekiranya perlu sebab belacan dan bilis dah masin. Tutup api dan hidangkan.

Macaroni goreng simple jer


Sarapan pagi dari dapur ummi isnin lepas. Dah mula ketandusan idea lah nih. M pun yer juga. Penat menggosok baju untuk stok seminggu kami anak beranak tak hilang lagi pun sama. Adehhhh.....fenin fala ai memikirkan apa nak masak.

Tengok sana sini....intai stor tengok macaroni yang dah lama beli tak guna2 lagi, dada ayam kisar pun ada...cili benggala pun ada....ok la tu. Goreng jer la sempoi....lepas sarapan dan bekal anak2 dan ummi....Alhamdulillah.


Makaroni Goreng Simple

8 ulas bawang putih - tumbuk atau cincang halus.
2 biji bawang besar - cincang
500 gm makaroni - rebus dengan sedikit garam dan toskan.
2 sb chilli flakes
Garam secukup rasa

1 biji cili benggala - potong kecil.
10 biji tomato ceri belah 2
2 keping dada ayam - cincang atau kisar

Minyak untuk menumis

Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam. Tumis hingga ayam masak. Masukkan chilli flakes dan bawang. Tumiskan sebentar hingga bawang layu. Masukkan macaroni. Gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masukkan pula cili benggala dan tomato. Masakkan selama 5 minit dan hidangkan. Taburkan parutan keju dan parsley jika suka.


Monday, January 16, 2017

Ayam masak halia berkuah


Menu makan tengahari yang sempat dimasak subuh tadi. Lengkap dah satu lauk dengan sayurannya. Begitulah kebiassan....sambil siapkan sarapan saya masak satu lauk untuk makan tengahari. Lauk yang dimasak bersama sayuran menu 2 dalam 1.

Menu kali ni reepinya saya olah dari resepi yang dikongsi diblogopsi.com. Anak2 saya suka. Alhamdulillah. Ada kuah sikit dan rasanya masam, manis dan sedikit pedas. Kalau nak buat lebih pedas boleh sahaja gandakan cili padinya, sesuaikan dengan selera.


Resepi Ayam Masak Halia Berkuah

Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
8 biji cili padi - diketuk atau dibelah 2
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air (optional)
3 ulas bawang merah - tumbuk kasar
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - belah 4 dan dicerai kelopaknya
3 inci halia - hiris nipis seperti mancis

1 lobak merah - dipotong bulat
1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1/2  lada benggala  - dipotong kecil
1 cawan air
3 sb sedikit kicap
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
sedikit garam dan gula

Cara Memasak Ayam Masak Halia Berkuah

#1: ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan perap dengan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam selama 20 minit.

#2: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi sehingga masak (terpulang kalaunak goreng garing atau separa garing),  angkat dan ketepikan.  kurangkan minyak dan  tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.

#3: kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.

#4: bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air jika suka. sesuaikan kepekatan dengan selera anda.

#5: akhir sekali masukan garam, gula, dan cili benggala dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.


Saturday, January 14, 2017

ABUK-ABUK SAGU



Minum petang hari minggu. Daun pisang banyak ambik kat kebun tadi. Mula2 plan nak buat puteri dua sebilik tapi ubah fikiran bila ternampak sagu biji yang dibeli bulan lepas. Kelapa parut pun ada stok kat freezer. Gula apong pun ada dua bekas lagi.


Jadi lepas jer makan tengahari dengan lauk2 peghangat, saya pun mulakan operasi buat kuih nih... faveret nih....biasa kalau nampak orang jual selalu beli tapi kekadang kecewa sebab sagunya mentah dan tak menepati citarasa.....

Buat sendiri puas hati....


 Abuk-abuk Sagu
@ zulfadreamland.blogspot.my

Bahan­ bahan :

2 cawan sagu biji
1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah atau boleh juga guna gula apong
½ biji kelapa muda parut
Daun pisang (dipotong segi empat sama) - layukan
Garam secukup rasa
Lidi (kerat kecil) untuk sematan (saya guba stapler) - saya sematkan ajer.....tu yg bila dah masak, terbukak2 daunnya....hhehehhe
2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)

Cara :

1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong.    Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama ~25 minit atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan


*****kalau takde daun pisang boleh gunakan acuan lompang atau acuan puteri ayu yg dioles sedikit minyak untuk memudahkan keluarkan kuih dari acuan.





Friday, January 13, 2017

Getuk goreng


Ubi getuk goreng....sedap. Saya buat frozen. Ubi kayu ni saya beli kat tanjung malim, masa pegi UPSI. Beli dua tiga ketul ubi yang memang empuk giler....susah nak dapat yang elok camni. 


UBI GETUK GORENG
@ zulfadreamland.blogspot.my

Bahan :

2 cawan ubi kayu rebus dengan sedikit garam dan lenyekkan.
1 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula perang atau secukup rasa

Campur semua bahan dan gaul sebati dan rata. Kepalkan bulat bulat kecil.

Bancuhan tepung goreng :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh garam
air

Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati
Bancuhkan semua bahan dan kacau sebati. Celup bebola ubi getuk tadi dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing kekuningan. Toskan minyak dan hidang.

Ngaku aka arrowhead chips


Makanan bermusim. Musimnya bila tiba raya cina.....kalau tidak tak pernah jumpa. Minggu lepas kebetulan singgah pasaraya nampak buah ni banyak, tengah offer dari RM8 lebih jadi RM3 lebih jer. Apa lagi, saya pun ambil la kesempatan beli dua kilo...itu pun berebut-rebut dengan kaum cina yang memang dah lama menggunakan buah ngaku ni dalam masakan.

Lepas la ngidam....setahun sekali jer kot buah ni muncul....usahakan juga la mengupasnya....berbaloi la juga, dapat satu balang selepas berjam2 mengupas kulitnya sambil menonton tv....hehehhe. Korang cuba la.....kalau miss tahun ni kena tunggu musim akan datang...


Buat chip ngaku ni simple jer...buah yg dah siap kupas tu dibasuh. Rendam dalam air ais. Pastu hiris nipis2 dan rendam jap dalam air ais bergaram. Pastu toskan dan goreng dengan minyak banyak hingga garing. (kalau tak rendam dalam air garam, boleh bubuh garam dalam minyak gorengan) Angkat dan toskan.


Dah sejuk simpan dalam bekas kefap udara kalau sempat la.....hahaha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...