ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, January 16, 2017
Ayam masak halia berkuah
Menu makan tengahari yang sempat dimasak subuh tadi. Lengkap dah satu lauk dengan sayurannya. Begitulah kebiassan....sambil siapkan sarapan saya masak satu lauk untuk makan tengahari. Lauk yang dimasak bersama sayuran menu 2 dalam 1.
Menu kali ni reepinya saya olah dari resepi yang dikongsi diblogopsi.com. Anak2 saya suka. Alhamdulillah. Ada kuah sikit dan rasanya masam, manis dan sedikit pedas. Kalau nak buat lebih pedas boleh sahaja gandakan cili padinya, sesuaikan dengan selera.
Resepi Ayam Masak Halia Berkuah
Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
8 biji cili padi - diketuk atau dibelah 2
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air (optional)
3 ulas bawang merah - tumbuk kasar
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - belah 4 dan dicerai kelopaknya
3 inci halia - hiris nipis seperti mancis
1 lobak merah - dipotong bulat
1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 lada benggala - dipotong kecil
1 cawan air
3 sb sedikit kicap
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
sedikit garam dan gula
Cara Memasak Ayam Masak Halia Berkuah
#1: ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan perap dengan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam selama 20 minit.
#2: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi sehingga masak (terpulang kalaunak goreng garing atau separa garing), angkat dan ketepikan. kurangkan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
#3: kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.
#4: bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air jika suka. sesuaikan kepekatan dengan selera anda.
#5: akhir sekali masukan garam, gula, dan cili benggala dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment