Tuesday, July 29, 2025

Kek karot, Kek coklat dan Kek pelangi untuk cikgu

3 jenis kek - kek karot, kek coklat dan kek pelangi, 3 biji setiap satu. Hakak buat ni untuk menyampaikan niat anak nak bagi kat ceegu. Bukan utk hadiah hari guru tapi sbb dah habis sekolah. Ada satu lagi akan bagi kemudian sbb sedang menunaikan haji. Balik haji nanti kita buat lain yer ceegu.

Kek saiz 7 inci jer. Satu layer. Pelangi dan karot hias dengan creamcheese frosting. Kek cekelat letak cekelat ganache dan parutan dark cekelat compound.  Anak hakak yang sulung hakak buatkan brownies.

Golden raisin carrot cake

250gm soft brown sugar

195 gm minyak sayuran

4 bj telur ayam gred A

250gm tepung naik sndiri

3 cawan carrot parut(350gm lepas parut..dlm 2-3 bj)

100gm kacang walnut (panggang n cincang)

100 gm kismis (ditumbuk)

1 sk esen vanila

1 sk baking soda

1 sk garam

2 sk serbuk kayu manis

1/4 sk serbuk buah pala

1. Campur gula+minyak sayur dalam mangkuk pemutar dan putar..

2. Masukkan telo satu persatu dan putar hingga kembang + esen vanilla.

3. Cmpurkan tepung,soda,kayu manis,buah pala,garam...putar sebati

4. Masukkan kismis..putar sebati

5. Masukkan walnut..putar..

6. Masukkan karot n putar sebati..

7. Masukkan dlam loyang 9"/10" yg dah dilenser dan lapik..

8. Bakar 170-180. 45-50minit atau sehingga masak..

Creamcheese frosting..

1/4 butter

250gm creamcheese

100 gm(secukupnya) gula aising...

Putar butter+creamcheese..masuk gula aising yg diayak..putar smpai kmbang..

(Lin tmbah 1/2 cwn fresh cream)

Putar kental....kaup balik ngan adunan cheese

Hakak suka combine whipp cream dengan creamcheese.

1 cawan whip cream

200 gm cream cheese - pukul dengan 2 sb gula icing dan 1 sb perahan lemon (kadang takde lemon hakak bantainya limau kasturi). Pukul hingga gebu.

Masukkan krim. Pukul kental.

Gula hakak tak letak banyak sbb cream dah manis.

🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂

Kek coklat lembab

Bahan-bahannya

Bahan A

1 3/4 cawan (219 gm) tepung gandum

1 sk baking soda

2 sk baking powder

3/4 cawan (62 gm) serbuk koko

1 3/4 cawan (350 gm) gula perang lembut (hakak guna 300 gm sahaja)

1/2 sk garam

2 sk serbuk kopi espresso (optional)

Bahan B

1/2 cawan (120 ml) minyak masak

1 cawan (240 ml) buttermilk (campur secawan susu dengan 1 sb cuka atau perahan lemon - biarkan selama 15 minit)

2 sk esen vanila

2 biji telur gred A atau AA

Bahan C

1 cawan (240 ml) air kopi O pekat panas (hakak guna kopi kampung, kalau takde boleh juga guna kopi instant)

Cara-caranya

Panaskan ketuhar pada suhu 160 celcius. Alas loyang 9 inci dengan parchment paper (baking paper).

Satukan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda, garam, serbuk espresso (kalau gunakan) di dalam mangkuk.  Gaul guna whisk hingga rata.

Masukkan bahan-bahan lain kecuali kopi panas. Adun sebati menggunakan whisk. (Kalau nak guna mixer cukup dengan low speed (kelajuan minimum). Akhir sekali masukkan kopi O panas dan gaul rata. Adunan memang agak cair yer. Jangan tambah tepung. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

****Penggunaan kopi di dalam adunan kek ini tidak akan menjadikan kek ini berperisa kopi. Tujuan menambahkan kopi semata-mata untuk menaikkan lagi rasa coklat.

Chocolate ganache

1 cawan (240 ml) double cream (hakak guna cooking cream)

270 gm chocolate compound - cincang kecil

Panaskan double cream hingga keluar buih2 kecil. Tutup api. Masukkan coklat cincang. Gaul hingga coklat cair. Biarkan sejuk semalaman.

Tuang di atas kek yang telah sejuk. Hias ikut citarasa. Hakak parutkan coklat compound gula peeler🥰.

🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂

Kek pelangi

Bahan-bahan

300 gm mentega/margerin

6 biji telur gred A

3 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)

3 1/2 sk baking powder

1 1/4 cawan gula castor

150 ml susu segar/cair

1 sk esen vanilla (bole guna perasa lain juga)

Pewarna pelangi

Cara-cara

Pukul mentega/margerin, esen dan gula sampai kembang dan berwarna pucat.

Masukkan telur satu persatu..pukul lagi sampai gebu.

Masukkan susu, gaul hingga sebati dan masukkan tepung yang telah di ayak. Pukul sebati.

Bahagikan ikut jumlah warna yang digunakan. Letakkan pewarna dan gaul rata.

Griskan loyang dan tabur rata sedikit tepung atau alas baking paper. Masukkan adunan satu warna adunan, tuang adunan seterusnya diatas adunan di dalam loyang mengikut susunan warna pelangi.

Bakar lebih kurang 1 jam - 1 jam 10 minit atau hingga masak pada suhu 160 celsius di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...