Wednesday, June 18, 2014

Dream of cream puff pastry (sonho de creme)

Teringin plak nak makan. Dia punya filling tu lain sikit...pastu pastry dia goreng jer.
Satu bancuhan ni banyak tau...jadi saya halfkan jer resepi ni...pastu untuk filing saya tambah tepung jagung supaya kurang skit manis dia.

1/2 tin susu pekat manis
1 biji kuning telur
1/2 sb mentega
1/2 st esen vanila
2 st lemon juice (saya malas nak potong lemon jadi saya ganti dengan sunquick oren - kalau ada yg lemon tu pun ok gak)
2 st tepung jagung + 2 sb air

Satukan semua bahan hingga sebati. Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat. Kacau selalu supaya tak hangit.


Untuk doh

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega
3/4 cawan susu segar suam
1 paket 11g yis
1 sb gula
1 biji kuning telur

Bahan2 lain

minyak untuk menggoreng
gula ising + serbuk kulit kayu manis (optional) untuk salut + tabur

Satukan semua bahan dan uli hingga sebati dan adunan tak melekat di tangan serta mudah dibentuk.
Bulat2kan doh ikut saiz yang diingini. Susun dalam dulang dan jarak2kan doh untuk beri ruang doh mengembang. Tutup dengan tuala lembab.
Rehatkan selama 1 hingga 2 jam.
Goreng (deep fry) hingga keperangan. Toskan dan biarkan hingga suam2 skit. Potong bebola cream puff jangan sampai terbelah terus. Masukkan inti susun dalam pinggan dan taburkan gula ising + serbuk kayu manis jika suka...


Resepi asal

Dream of Cream Puff Pastry (Sonho de Creme)
Recipe from Easybrazilianrecipes.com
Ingredients:
For the filling:

1 can of sweet condensed milk
2 egg yolks
1 tablespoon butter unsalted
1 teaspoon vanilla extract
3 tablespoons lemon juice

For the dough:
1 oz. yeast for bread
2 tablespoons sugar
1.5 cups warm milk
1 cup butter
2 egg yolks
1 pinch of salt
6 cups of flour

2 cups sugar for covering
2 tablespoons cinnamon powder for covering
Vegetable oil for frying

Directions:
For the filling:
1) In a saucepan mix the milk, egg yolks and butter.
2) Bring to a low heat for about 10 minutes until a smooth and creamy consistency.
3) Remove from heat and stir in the vanilla essence and lemon juice. Stir well until it is smooth and consistent. Set it aside in a bowl.
For the dough:
1) In a bowl, dissolve the yeast and sugar in milk.
2) Combine all ingredients except flour and mix well adding the flour gradually until the dough is easily shaped and kneaded.
3) Form medium sized balls and let them rest on a board sprinkled with flour.
4) Cover with a cloth and let it rise for about 1-2 hours.
5) Fry the balls until they are golden browned. Turn them over as they fry.
6) place them on a platter with paper towels to dry.
7) After they have cooled slightly, cut them in half without dividing them completely.
8) Fill them with the previously prepared cream and sprinkle with a mixture of sugar and cinnamon. Serve.

Tuesday, June 17, 2014

Kurma telur

Sesekali sedap gak makan telur....ubah sekera bila dah jemu dengan ikan, daging, ayam semua tu....anak2 pun suka. Budak2 nih kalau boleh hari2 telur pun ok....cumanya kat rumah ni tak boleh selalu masak telur sebab ada anak yg tak tahan makan telur...hidupnya akan gatal2....jadi bila sesekali masak kari atau kurma telur ni rasa nikmat sangat la...

bahan2

10 biji telur direbus dan buang kulit ( kulit dia simpan buat baja)
5 biji kentang kupas belah 4
2 biji tomato belah 4
4 biji cili hijau belah 2
3 biji bawang besar belah 4
*6 ulas bawang putih
*3 inci halia
*5 ulas bawang merah
2 sb serbuk kurma
rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang) - optional
3 cawan santan
3 sb air asam jawa pekat
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Tumbuk *. Panaskan minyak. Tumis * jingga naik bau. Masukkan serbuk kurma dan air asam. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan kentang dan santan. Kacau dan masak hingga kentang empuk. Tambah sedikit air jika kuah terlalu sedikit. Masukkan bahan2 lain dan biarkan selama 5 minit lagi...tutup api dan hidangkan.

Sambal tempoyak petai

Samabl sedap ni saya cnp resepinya dari Sumber life is sweet.

Kepada peminat tempoyak dan petai moh kita tengok resepinya.

Sambal tempoyak petai @ ZLC

bahan2nya

3 bj bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit hidup*
10-15 bj cili api*

Tumbuk lumat semua yg bertanda *.

1-2 sb tempoyak
Segenggam bilis - saya tumbuk sikit
1 papan petai - letak lebih pun ok jer
Serai ketuk 1 batang
1/2 cawan air
2 sb minyak masak
Garam  dan gula seckup rasa


Tumiskan bahan yg di tumbuk, masukkan tempoyak, air, bilis, petai, garam gula, msk sampai pekat, siap! 

Sambal ni makan dengan nasi panas sedap....ada plak ikan goreng......fuhhhhh, terangkat beb....


Sunday, June 15, 2014

Pan mee (板 麺, disebut Ban Mian) 



Aritu masa dok google2 cari resepi mee, terjumpa la resepi ni....cam best jer....cam sedap jer...lagi pun dah lama tak buat homemade noodle nih...

Untuk mee ni saya makan dengan bilis goreng tak letak fish ball dll tu. Saya gunakan air rebusan tulang untuk sup sbb ayam dah habis....buat simple jer. Anak2 suka sangat....separuh mee tu diorg jer yg makan....


Sumber Immacooks
bahan-bahan untuk mee:

500gm tepung gandum(ayak)
1 biji telur
5 sd mkn minyak bawang putih-(cincang beberapa ulas bawang putih dan goreng dengan minyak hingga perang)-ambil minyak saja.
1 sd teh garam halus
air secukupnya untuk uli tepung hingga menjadi doh yang boleh di canai.
tepung jagung untuk tabur ketika mencanai

*Campur semua bahan diatas,uli hingga jadi doh dan rehatkan 20min-30min.

sambil itu sediakan sup.

bahan-bahan sup:
200gm ikan bilis(beli yang dah buang kepala)
100gm cendawan shitake(rendam hingga kembang, buang batang cendawan dan hiris) - saya guna cendawan shitake segar
1/2 ikat sayur pucuk manis(ambil daun sahaja, cuci dan tos) - yang ni fresh dari kebun dpn rumah...tuaian pertama...ambil skit jer...cukup2 utk mkn dengan mee ni...


bebola ikan(banyak ikut suka)*celur
isi ayam rebus(carik-carikan)
11/2 litre air rebusan ayam
crab stick(saiz kecil dipotong 2)-optional*celur
garam
5 ulas bawang putih(pecahkan,buang kulit)
beberapa hiris halia
minyak untuk menumis
2 sd mkn sos tiram
1 sd mkn serbuk lada putih
3 sd mkn tepung jagung(bancuh dengan sedikit)untuk pekatkan kuah.
1 sd mkn minyak bijan

cara-cara:
1:Panaskan minyak tumiskan bawang putih dan halia hingga layu ,masukkan bilis dan goreng hingga bilis warna perang.jika minyak terlalu banyak kurangkan.
2:Masukkan air rebusan ayam tadi serta cendawan.rasakan dengan garam, secukup rasa(tak da ni tak jadi),sos tiram,serbuk lada putih,minyak bijan dan didihkan masukkan pula bancuhan tepung jagung, kacau.
3:Renihkan

sediakan mee:
1:Tabur tepung jagung dan canai doh setebal 1mm kemudian gunting-guntingkan.



 2:Didihkan 1 litre air,1 sd teh garam dan 1 sd mkn minyak dan kecilkan api masukkan pan mee rebus sekejap,angkat dan toskan macam ni..



3:Masukkan pan mee ke dalam mangkuk,sedikit sayur pucuk manis terus masukkan sup yang mendidih beserta bilis dan cendawan dalam sup tadi supaya sayur pucuk manis layu,diikuti bebola ikan,isi ayam,crab stick.

Hidangkan dengan lada padi yang dipotong dan campur sedikit kicap cair. 

Saya hidangkan dengan cili paste yang memang dah dibuat semalam. Resepi KLIK DI SINI.


Saturday, June 14, 2014

Sambal bajak

Hah....selambak sambalnya....hehehe. Maklumla tengah kaya petai....tak susah nak menyambal hari2....kira padan la dengan petai yg banyak ni kan.....ulam raja dan mcm2 lagi kat ladang sekangkang kera tu pun byk......


http://resep4.blogspot.com/2013/06/resep-sambal-bajak-enak.html?m=1
Bahan yang diperlukan :
100 gram Bawang Merah (saya guna dlm 5 biji)
100 gram Bawang Putih (saya guna dlm 6 ulas)
100 gram Cabe(cili) Merah (saya guna 3 biji)
100 gram Cabe Rawit (cili api) Merah (saya guna segenggam)
Goreng matang dulu semua bahan diatas. ( goreng sampai layu)

Pelengkap sambal :

2 ruas jari lengkuas digeprak (ketuk)
3 batang sereh/serai digeprak (ketuk)
1 gelas Air Asam Jawa
Secukupnya Daun Salam (3 helai)
Secukupnya Tomat, buang bijinya, potong-potong ( sebiji besar)
Secukupnya Terasi ( 2 sb)
Secukupnya Garam
Secukupnya Gula Merah
Secukupnya Gula Putih

Cara membuat sambal Bajak :
- Pertama Blender cabe merah, cabe rawit, bawang merah dan bawang putih yang sudah digoreng, disusul dengan masukan tomat dan terasi.- Kemudian tumis bumbu halus itu bersama bahan pelengkap selebihnya diatas.

cicipi ( rasa), kalau ada yang kurang tambahkan menurut selera.- Masaklah sampai air kering, tiriskan.selesai

Petai Sambal Hitam

Musim petai sekarang ni....tadi pegi pasar satu lori petai sampai....mata besar2....geram jer tengok... Beli juga sikit..... harga murah, kalau beli 50 papan dia jual RM25 jer...

Nasib tak beli....sbb petang tadi jiran sebelah bagi buah tangan dari langkawi.....

Nah ko.....boleh buat mandi....hehehe...best daripada coklat....confirmed takde cadbury sbb yg ni kawan dia tanam sendiri....

Dok fikir nak masak apa selain buat ulam....sekali gitu mr google ketemukan dengan resepi ni...."Petai Sambal Hitam Maktok" dari blog nurhezlinda....boleh tahan lama...

Bahan2 nye ialah :-

1) Bahan Sambal Hitam :
- Bawang Merah Kecil 18 biji (Kalau nk ganti dgn bwg besar guna la 5 - 6 biji) lebih bwg merah lg sedap.
- Bawang Putih 1 ulas
- 25 biji Cili Kering (rebus dulu kasi lembut)
- Cili Padi (Optional) tp aku letak, pedas baru best!
- Belacan dlm 50 sen besarnye X 3 , lebih byk sedap.
- Asam Jawa Segenggam (Nak air die je ni)
- garam dan gula secukup rasa 

2) Petai
3) Ikan Bilis Segenggam

Cara - Cara

1) Ikan Bilis digoreng

2) Petai digoreng pakai api kecik atau sederhana.kalo api besar masa mula2 tu leh la..sampai kulit petai jadi crispy. since gorengnye agak lama, korg pakaila pan yg lebar.

3) Cara2 Utk Sambal Hitam
Blend Semua Bahan Sambal dgn menggunakan Air Asam Jawa.
Kemudian goreng sambal guna je minyak pas goreng petai n ikan bilis td.

Tp kalau nak cepat, masa goreng petai td, sementara tu bole je korg goreng sambal ni pakai kuali lain.
Goreng le sambal tu sampai garing warna ala2 merah hitam.
Tunggu sambal dgn petai n ikan bilis tu semua dah sejuk baru gaul..kalau tak.. nanti petai cepat lemau.

Jelly musim panas

Cuaca macam ni dapat makan jelly sejuk sedap nyerrrr...



Lapisan bawah

10 gm agar2 serbuk/tali
4 cawan air + air nata de coco
2 cawan isi nata de coco
1/2 - 3/4 cawan gula (ikut citarasa dan sesuaikan dengan manis dari air nata de coco)
--------
Masak semua hingga mendidih dan gula n agar2 hancur sepenuhnya. Tuangkkan dalam acuan. Biarkan beku sedikit permukaannya.

 Lapisan atas
 Nenas kiub dlm tin - toskan
1 kotak kristal jelly - perisa pilihan
400 ml air (ikut arahan dikotak)
Ceri merah secukupnya belah 2

--------
Masak jelly dan air ikut arahan dikotak.
susun nenas dia atas lapisan agar2 tadi. Letakkan ceri merah. Tuang kristal jelly di dalam acuan yang telah disusun dengan kiub nenas dan ceri. Sejukkan seketika dan masukkan ke dlm peti ais.....biarkan kedua2 lapisan beku sepenuhnya.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...