Rice omelette. Tajuk sarapan pagi ni. Idea dari reel. Reel ni kalau tak salah hakak asalnya dari chinese china. Tapi ada Indonesian yang voice over reel ni ke bahasa inggeris.
Anak hakak dok
request nak rice ball (jumeokbap) untuk bekal sekolah. Hari tu nak buat tapi
udah pulak mayo takde. Ni dah ada terbuat pulak version lain. Boboi tadi sempat
makan sebelum pegi pameran kat cyber jaya, program sekolah. Dia kata dia suka
yang telurnya ada cair2 sikit. Itu yang batch last tadi, nak habiskan telur
jadi tuang tebal2. Tu yang dalam dia tak beku sangat.
Rice (ball) omelette
Untuk rice ball
2 cawan beras
sushi
3 cawan air
1 sb cuka
1 sb gula
Garam secukup
rasa
Bersihkan beras
dan toskan. Satukan semua bahan. Tanak beras hingga masak. Kareh rata.
Masukkan
Lobak merah
didadu kecil
Hirisan daun
bawang
Korean Crispy
Seaweed (ada jual kat supermarket dan kedai 99 pun hado)
1 sb minyak
bijan
Timun dadu
kecil (hakak tak letak)
Gaul rata.
(Kuantiti bahan ikut citarasa - hakak letak sikit sbb anak2 nanti terkuis2,
kalau letak banyak nanti nampak lebih menarik warnanya).
Kepal nasi saiz
kecil daripada omelette pan yang 4 lubang. Hakak punya first bacth punya la
gedabak. Sebab tak ble nak agak lagi. Ketepikan.
Untuk omelette
6 biji telur
(atau secukupnya)
2 sb mayonnaise
Garam secukup
rasa
(Bawang besar
- dadu kecil - optional)
Kocok telur
hingga sebati dan garam hancur sepenuhnya.
Tuang sedikit
minyak dalam pan. Tuangkan telur dan letakkan rice ball (nak panggil juga ball
walau pun bentuk dia leper.
Bila dah perang
bahagian bawah angkat dan tuang sedikit telur dan terbalikkan omelette tadi ke
dalam telur. Angkat omelette setelah masak sepenuhnya. (Ada yang suka telurnya
masih ada cair2 sedikit - boleh masak ikut citarasa).
Hidangkan
dengan mayonnaise dan sos cili atau makan begitu sahaja.








No comments:
Post a Comment