Wednesday, January 11, 2017

Ikan masak asam jawa


Menu serba ringkas waktu hari bekerja. Masa singkat sebelum bergerak ke pejabat hanya sempat menyediakan sarapan pagi dan satu lauk untuk makan tengahari anak2 balik dari sekolah nanti.


Ikan masak asam jawa
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan2Nya

4 keping ikan tenggiri atau ikan lain saperti selar/kembung/bawal

Bahan Hiris

3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah (nak pedas guna cili padi)
1 labu bawang besar (potong baji atau bulat)
1 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1 biji tomato buah [belah 4]
1 sk biji sawi
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara

1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dengan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan, cili dan biji sawi.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendidih masukkan ikan, garam, gula, kacau sebati dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...