Sunday, January 29, 2017

Ayam goreng kunyit


Menu tengahari....ayam lagi. Time cuti raya cina ni pasar segar tak banyak peniaga. Ikan pun takde yang baru naik. Jadi paling senang masak la lauk ayam. Semalam guna bahagian peha dan thigh....kali ni guna dadanya pula.

Dada ayam ni sesuai dibuat masakan begini. Potong nipis dan goreng.....kalau dimasak seketul macam tu jer biasanya tak dimakan....banyak sangat daging. Saya kalau beli pun bahagian ni diasingkan dan jadikan nuget, sosej atau kuah pasta.

Masakan ni kategori mudah disediakan. 2 dalam 1....lauk dan sayuran dalam satu masakan. Sesuai la dengan ibu2 yang sibuk bekerja dan kesuntukan masa.


Ayam Goreng Kunyit
Zulfaza Loves Cooking

6 ketul bahagian dada ayam - hiris nipis
2 biji bawang besar - hiris
4 inci halia - hiris
8 ulas bawang putih
1 sk serbuk kunyit
Cili padi secukupnya (saya belah dua jer sebab MIL tak tahan makan pedas)
2 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa

Sayuran pilihan
Bunga kobis
Kacang panjang/peas
Karot
Capsicum
Putik jagung
1 cawan minyak masak


Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng hingga air ayam keluar. Masukkan kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.

Goreng hingga ayam sedikit keperangan/garing. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan serai. Masak hingga naik bau. Kacau selalu. Bila dah sebati masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur lembik tak sedap....biar bila makan rasa rangup2 lagi. Tutup api dan pindahkan ke dalam mangkuk hidangan.

***kalau suka boleh juga tambah sos tiram sebelum masukkan sayuran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...