Thursday, January 12, 2017

Sardin homemade

Ni satu lagi resepi yang terperap lama kat draft blog nih. Berapa kali ganti stok ikan sardin tapi ada jer alasan nak mwmbuatnya. Bukannya susah pun....leburkan jer semua dalam periuk tekanan dan biarkan sampai masak.

Untuk masakan ni saya guna resepi mamajue.com. Sejibik rasa sardin dalam tin. Best la...boleh ulang tayang lagi nanti. Sekarang harga sardin tin tu pun dah mahal melampau....memang kena buat sendiri jer. Fresh lagi....takde la makan makanan yang bertahun dulu prosesnya. Jimat lagi selamat..


Sardin homemade

Bahan-bahannya :
* 1 kg ikan sardin
* 2 biji tomato yang dikisar
* 1 biji bawang besar yang dikisar
* 1 tin tomato puree Duchef
* 1/4 cawan minyak
* 2 sudu besar gula
* Garam secukup rasa

Masukkan semua bahan * dan gaul hingga sebati

Masukkan ikan sardin sehingga terbenam dalam kuah tersebut

Tutup preasure cooker selama 60 minit..

Setelah 60 minit.. bau semerbak sebijik macam sardin tin yer...

Kita boleh simpan dalam peti ais.. tak rosak tapi kena sejuk bekukan lah..

Mudah kan nak buat sardin homemade.. lepas ni tak payah beli sardin tin lagi.. kalo kita buat sendiri dijamin kebersihannya.. heheheh



Selamat Mencuba



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...