Monday, January 2, 2017

Mee rebus gear box kambing

Kisah semalam, gathering family.....adik beradik, anak buah, menantu sedara.....cucu. Saya masak mee rebus ala mee racun Batu Pahat tu. Ada gear box kambing. Laris juga. Anak saya punya lah suka....makan berapa kali ulang. Hari ni pun sambung....pegi beli mee lagi menghabiskan baki kuah mee rebus tu.

Kalau ikut resepi sebenar mee racun ni iras2 mee bandung....letak sos tomato, cili dalam kuahnya. Saya kurang gemar jadi ambil keputusan guna resepi olahan mee rebus hj wahid. Pencen nanti ble lah bukak warung sebelah petronas...niaga mee rebus beracun special.


MEE REBUS  GEAR BOX KAMBING

BAHAN-BAHAN :

✔ 2 kilo mee kuning, dicelur
✔ 2 kg gear box kambing
✔ 1/2 kg lamb shoulder potong kiub
✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar
✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
✔ 3 ulas bawang putih, dikisar
✔ 3 biji bawang merah, dikisar
✔ 1 inci halia, dikisar
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 3 batang serai, dititik
✔ 1 inci lengkuas, dititik
✔ 5 sudu makan rempah kari daging
✔ garam dan gula melaka secukupnya
✔ minyak untuk menumis

CARA MASAK KUAH

✔ Rebus gear box dan lamb shoulder berasingan hingga hampir empuk.
✔ Panaskan minyak dalam periuk.
✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
✔ Masukkan rempah kari kacau rata, kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging dan tulang yang telah di rebus hingga hampir empuk (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
✔ Masukkan garam, gula melaka dan serbuk perasa




TEPUNG UDANG KERING

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 80g tepung gandum
✔ ¼ camt serbuk kunyit
✔ garam
✔ air secukupnya
✔ minyak untuk menggoreng


CARA TEPUNG UDANG KERING

✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.


BAHAN HIASAN

✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil
✔ daun sup, dimayang
✔ bawang goreng
✔ telur rebus, dibelah dua
✔ lada hijau, dipotong bulat
✔ taugeh, dicelur
✔ limau kasturi, dibelah dua

CARA HIDANGAN.

✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...