Friday, January 13, 2017

Pankek Yogurt

Tadaaaaaa.....ini llah sarapan pagi fresh from dapur ummi. Hari ni semua bawa bekal....dari ayah sampai la si kecil. Nanti ada jer statement cenggni.....cekap la kaya camni.....ari2 bawa bekal. Alhamdulillah......aameeennnn untuk doa. Bila dah kaya nanti boleh lah pertingkatkan sedekahkaannnnn. Insya Allah. 

Berbalik pada menu sarapan hari ni, asalnya cakap kat anak2 malam tadi nak gorengkan bihun.....tapi pepagi ni rasa malas la pulak. Jadi buatkan pankek ni aje.....simple jer.  Makan gitu jer pun sedap....makan dengan madu pun ok.


Pankek yogurt
@ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
2 sb mentega, dicairkan
2 sb yogurt
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan yogurt, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.

Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit (saya tak rehatkan. Terus masak jer). Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...