Tuesday, January 3, 2017

Cakoi


Cakoi kuruih....hehhehe.. Sumber resepinya Kongsi Resepi. Sedap dan tak liat walaupun dah sejuk. Kira ok lah....tak payah nak beli. Kalau yg beli tu minyak gorengannya dah hitam legam. Entah berapa kali guna pun tak tau la.

Anak2 suka cakoi ni. Saya pun suka. Cicah ngan kaya dia tu....kalau kat tanjung malim ada satu gerai tu dia hidang dengan kuah kacang. Sedap gak. Makan dengan bubur nasi pun ok atau nak cicah kari ker...sambal tumis ker boleh jer.


Cakoi

Bahan-bahan:

400gm tepung gandum ~ di ayak
1/2 kecil soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
1 cawan air
1 sdb marjerin ~ dicairkan
1 sdk garam
1 sdb gula
1 sdb susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sdk yis segera

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:

1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam .bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6.Rendamkan lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut .

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.

* Saya menggunakan khidmat robot untuk menguli. Bread maker la tu.... Masuk semua bahan ikut urutan BM, dan tekan SET 8 DOUGH. Biarkan BM melakukan kerja. Dan terus sambung pada langkah 4. Sementara BM buat kerja, bolehlah siapkan sosnya.

Sos Kastard Manis

Bahan-bahan
1 1/2 sdb tepung kastard
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air biasa
5 sdb gula
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana, kacau sehingga gula hancur dan bancuhan agak likat dan berkilat. Kalau bancuhan terlampau likat, boleh tambah air sikit.

Selamat mencuba la yer....
Sekian buat waktu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...