Sunday, January 29, 2017

Kuih Koci Pulut Hitam


Kuih koci pulut hitam.......lamanya dah tak buat....sebab lama mencari tepung pulut hitam di merata2 kedai, supermarket, bakery tapi tak jumpa....pelik. Kenapa susah sangat nak dapat. 

Balik kampung hubby sebelum ni tak teringat nak mencari, semalam tetiba ternampak masa meninjau2 rak mencari bahan pelengkap nasi arab. Masa tu macam nampak emas. Hapi sangat......beli 5 paket sekali gus. Mahal pun tak kira dah....buat stok sementara nak tunggu next trip to kampung.

Sebelum berangkat pulang petang tadi, siap jer masak tengahari dan santap terus jer sambung buat kuih koci ni....bekal perjalanan. Hilang dah ngidam yang terpendam.....hahahha


Sekarang jom tengok resepinya. Kali ni tanpa dadih santan. Dohnya saja dibancuh dengan santan pekat.

Kuih koci pulut hitam
Zulfaza Loves Cooking

Untuk Doh 

Bahan2nya

1 paket tepung pulut 
3 sb tepung pulut hitam
Santan pekat secukupnya
sedikit garam
  
Gaul dan uli hingga jadi doh lermbut

Untuk inti

1 biji kelapa muda parut
gula putih secukupnya
paste pandan secukupnya
Sedikit air
1 sb tepung gandum untuk memudahkan inti di bulat2kan....kali ni saya tak letak sbb inti ni serba guna...nak makan dengan pulut dan juga buat kuih lain.....
(Kalau musim durian bole letak isi durian...sedapnya)

Masak semua bahan kecuali tepung hingga hampir kering dan masukkan tepung.....masak hingga sebati dan berkilat.


Bahan lain

daun pisang secukupnya dilayukan atas api atau jemur tengah panas....
minyak masak

#############

Cara menyediakan kuih koci

Ambil sedikit doh dan leperkan
Masukkan inti.
Tutup doh dan letakkan di atas daun pisang yang telah dioles dengan sedikit minyak.

Balut daun pisang macam lepat atau nasi lemak atau macam2 mana pun....kukus hingga masak selama 20 - 30 minit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...