Monday, January 23, 2017

Kuih sagu pisang lemak manis

Resepi yang saya cnp dari blog HaSue saya gunakan untuk menediakan juadah minum petang semalam. Stok pisang lemak manis dari kebun yang dah ranum ada dua tiga sikat. Pelbagaikan hidangan nak bagi cepat habis.

Kat kebun banal tandan lagi tu....daun pisang pun byk stok dari kebun.....rezeki pisang....alhamdulillah.



KUIH SAGU PISANG LEMAK MANIS

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

11/2 cawan tepung beras. @ boleh letak 1 cawan tpg beras dan setengah cawan tepung gandum
1 1/2 cawan pisang berangan/lemak manis yang telah dilenyek
1 1/2 cawan sagu kecil (rendam dlm 15min, dibasuh dan toskan )
1 1/2 cawan kelapa parut putih (jika kelapa muda lagi lemak)
1/2 cawan gula perang / gula merah / gula pasir (secukup rasa)
2 1/2 cawan santan
Garam secukupnya
Daun pisang yang dilayurkan atas api secukupnya.


Cara-cara

Pisang di lenyek hingga hancur.

Masukkan tepung beras, sagu, gula dan kelapa parut gaul rata.

Tuangkan santan dan sedikit garam gaul sebati.

Biar seketika ~ 10 minit agar santan dapat meresap dalam sagu. (Adunan agak lembik).

Ambil daun pisang dan sapu sedikit minyak atasnya.

Tuang sedikit adunan dan bungkus seperti tapai/ kuih jongkong.Staplerkan / semat dengan lidi.
Kukus ~ 20 - 25 minit / hingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...