Saturday, January 14, 2017

ABUK-ABUK SAGU



Minum petang hari minggu. Daun pisang banyak ambik kat kebun tadi. Mula2 plan nak buat puteri dua sebilik tapi ubah fikiran bila ternampak sagu biji yang dibeli bulan lepas. Kelapa parut pun ada stok kat freezer. Gula apong pun ada dua bekas lagi.


Jadi lepas jer makan tengahari dengan lauk2 peghangat, saya pun mulakan operasi buat kuih nih... faveret nih....biasa kalau nampak orang jual selalu beli tapi kekadang kecewa sebab sagunya mentah dan tak menepati citarasa.....

Buat sendiri puas hati....


 Abuk-abuk Sagu
@ zulfadreamland.blogspot.my

Bahan­ bahan :

2 cawan sagu biji
1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah atau boleh juga guna gula apong
½ biji kelapa muda parut
Daun pisang (dipotong segi empat sama) - layukan
Garam secukup rasa
Lidi (kerat kecil) untuk sematan (saya guba stapler) - saya sematkan ajer.....tu yg bila dah masak, terbukak2 daunnya....hhehehhe
2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)

Cara :

1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong.    Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama ~25 minit atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan


*****kalau takde daun pisang boleh gunakan acuan lompang atau acuan puteri ayu yg dioles sedikit minyak untuk memudahkan keluarkan kuih dari acuan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...