Tuesday, January 3, 2017

Kuih Nagasari Nangka


Teringin.....macam2 tekak ni sejak batuk dan selsema yg dah berbulan ni agak ok.... Daun pisang yg hubby ambil kat kebun pun banyak.

Tadi masa hantar anak pegi kelas tambahan lalu kat gerai orang jual nangka madu. Beli 4 pek...tapi habis anak2 makan sebab sedap sangat katanya.....manis....nangka madu la katakan. Jadi masa pegi amik anak tu balik kelas, singgah sekal lagi....kali ni beli separuh biji nangka...4.5kg. Hah ko.....puas hati. Macam2 la pulak plan nak buat.....pengat la....kek nangka yg dah lama tak makan la.....hahaha....moga panjang nyawa nangka kat peti ais tu....

Kalau sempat buat nanti ada la N3 nangka menyusul.....ok.😉😉😉


Kuih Nagasari Nangka

Bahan2nya

200 gm tepung beras
200 gm gula pasir (saya guna gula perang sebab takde stok guka putih)
2 helai daun pandan
500 ml santan cair yang diambil dari 1/2 biji kelapa
200 ml santan pekat yang diambil dari 1/2 biji kelapa
300 gm nangka
1/2 sk garam

Bahan Lainnya

Daun pisang secukupnya

Cara2nya

Langkah pertama, cuci bersih daun pandan yang sudah disiapkan. Lalu ikat.

Bersihkan daun pisang, layukan dan potong dengan ukuran sesuai. Hiris bentuk kiub nangka.

Satukan tepung beras dan santan pekat ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

Satukan santan cair, daun pandan, gula pasir, garam. Kacau sebati. Kemudian satukan adunan tepung beras. Kacau rata. Masak adunan di atas api hingga likat.

Masukkan nangka yang sudah dipotong dadu tadi. Kacau rata. Angkat. Ambil sehelai daun pisang dan letakkan 2 sb adunan yg telah dimasak tadi.

Gulung dan lipatkan hujung daun. Susun di atas pengukus. Buat hingga adunan habis.

Kukus kuih yang sudah dibungkus dengan daun pisang selama lebih kurang 10 minit. Angkat dan dinginkan terlebih dahulu sebelum disajikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...