Saturday, October 31, 2015

Rendang Pedas ZLC


Arini rasa macam rajin sangat. Sume benda nak dimasak. Sabo jer la....dah dekat seminggu tak berapa nak.aktif kat dapur.....kononnya arini nak all out....

Pagi2 lagi dah pegi pasar...cari bahan untuk merendang....ayam pencen dah beli minggu lepas....yg baru pencen 55 tahun...hikhikhik. Mahal jugak sekarang ni ayam pencen...sekor dlm sekg lebih sikit RM9.....ikutkan hampir sama harga dengan ayam daging jer. Mahal pun orang cari juga. Saya kalau nak buat pedas suka guna aym kampung atau pencen.sebab daging dia tak hancur masak lama2.  Masak briyani pun sedap lagi guna ayam pencen.

Rendang Pedas Ayam Pencen ZLC

2 ekor ayam pencen potong 8
4 helai daun kunyit dihiris halus
8 helai daun limau purut dihiris halus
6 keping asam gelugur
Garam dan gula melaka secukup rasa
5 cawan santan pekat
1/2 kg kerisik

Bahan kisar

5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
4 inci halia
4 inci lengkuas
1 ketul ibu kunyit
30 biji cili kering (rebus lembut)
10 batang serai (hiris kasar)

Satukan semua bahan kecuali santan, garam dan gula ke dalam kuali. Masak hingga airnya hampir kering. Tambah santan dan garam serta gula melaka secukup rasa. Masak lagi jingga ayam empuk. Jika ayam masih liat setelah kuahnya kering, boleh tambahkan air dan masak lagi hingga ayam betul2 empuk.

****Masak rendang ni tak boleh tinggalkan lama2....kena rajin kacau supaya tak hangit. Boleh guna cili padi baginpenggemar masakan pedas. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...