Friday, February 13, 2015

Roti sosej & roti bun inti kelapa

Lama jugak saya tak buat roti menggunakan water roux. Dua hari lepas nampak ahli group resepi kita post roti inti kacang....doh guna water roux.....gebus jer jadinya. Jadi bila hubby dok tanya nak bekalkan anak2 apa untuk ke kelas swimming terus la dapat idea buat roti menggunakan doh ni...


Buat tiga pesen....sosej pintal, sosej pedas, inti kelapa....anak2 saya kalau buat roti sosej memang laris....yg sorang tu suka inti kelapa.....jadi semua ni memenuhi citarasa anak2 yg pelbagai...



Roti sosej & bun inti kelapa

Bahan A

1/2 paket yis
3 sb gula
3 sb susu pekat
1/2 cawan air suam
1 biji telur dikocok

Satukan semua bahan kecuali  telur dan kacau rata. Biarkan hingga berbuih. Masukkan telur dan kacau rata.

Bahan B

4 sb tepung gandum
1/2 cawan air

Satukan dan masak hingga memekat.

Bahan C

4 cawan tepung gandum
1 sb baking powder atau bread improver
sedikit garam
ayakkan

1/2 cawan air atau susu
4 sb mentega/minyak masak


Satukan bahan A, B dan C. Uli hingga sebati dan doh tak lekat ditangan dan bekas serta doh menjadi licin. Salut doh dengan sedikit minyak masak.

Perap dalam bekas tertutup selama satu jam atau doh mengembang dua kali ganda.

Tumbuk doh untuk keluarkan anginnya. Uli selama lima minit. Bahagikan doh dan bentuk ikut citarasa. Susun di atas loyang yg disapu sedikit mentega. Perap doh hingga naik 2 kali ganda. Sapu putih telur yang dicampur sedikit susu segar, tabur bijan dan bakar di dakam oven yang telah dipanaskan dahulu selama 15 minit pada suhu 160°C selama 25 - 30 minit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...