Friday, February 13, 2015

Mee goreng


Goreng  7 kg mee utk majlis ilmu kat surau...

Mee goreng zulfaza

7 kg mee
2 paket fish cake hiris nipis
2 paket fish ball belah 4
10 keping tauhu - goreng dan potong kecil

5 biji bawang besar cincang halus
2 labu bawang putih cincang halus
30 biji cili kering kisar halus
1/5 cawan cuka
1/4 cawan kicap pekat (boleh guna kicap biasa)
1/4 cawan sos tiram
1/4 sos cili
1/4 sos tomato
Garam secukup rasa

1/2 kg sawi - potong kecil
1 kg taugeh
Minyak untuk menumis 

daun bawang untuk hiasan

Masukkan fish cake dan fish ball. Gorengkan seketika. Kemudian masukkan bawang2 dan tumis bawang2 hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2, cuka dan kicap. Gaul sebati dan kacaukan seketika. Rasa masinnya, jika kurang masing boleh tambah garam atau kicap. Masukkan mee. Kacau sebati agar semua mee disaluti sambal. Bila dah rata masukkan sayuran, kalau letak tauge masa dah dekat nak angkat baru letak. Masak hingga sayu layu.....pindahkan dalam bekas...taburkan tauhu dan hias dengan daun sup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...