Wednesday, February 25, 2015

Lepat pisang tepung beras

Daun pisang ada, pisang masak pun ada bawak balik dari kampung. Kalau tak dibuat sesuatu nanti rosak pulak...
Biasanya bila buat lepat guna tepung gandum tapi kali ni guna tepung beras pulak. Daun pisangnya lebar2 maka terhasil la lepat lonjong nih....


Lepat @ belebat pisang
Bahan-bahan

Daun pisang secukupnya- di layurkan dan di lapkan bersih
20 biji pisang abu yg masak- dilenyek halus
1/2 cawan gula pasir @ ikut citarasa
5 sudu besar merah
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut 
secubit garam

Cara-Cara

Layurkan daun pisang secukupnya. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula merah, air dan gaul sebati.
Masukkan tepung beras, gaul lagi dan masukkan kelapa parut dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang.

Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 30 minit. Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

                     Letak adunan di atas daun

Gulung daun pisang...

Lipat satu hujung dan hentak2 skit supaya aduan padat

Kemudian lipat hujung yang satu lagi pulak...gunting hujung daun supaya sekata.

Susun dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 30 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...