Sunday, February 22, 2015

Mee bandung

Bila kat kg macam2 rasa nak masak....siang dah makan nasi jadi memalam ni tular selera makan mee pulak la...

Mee bandung zulfaza

Bahan2nya

1 biji bawang besar cincang/hiris
6 ulas bawang putih cincang/hiris
5 sb cili kering kisar
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
3 sb sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
15 ekor udang
3 ekor sotong dipotong bulat
Boleh juga madukkan isi ayam/daging/fish ball/fish cake dll
5 biji telur
1 biji karot potong mancis
Sawi/kobis/kobis bunga/tomato dll ikut citarasa
Air (kalau ada air rebusan(stok) daging/ayam lagi sedap
Minyak untuk menumis

Mee kuning dicelur

Hiasan (pilihan)
Limau nipis
Cili jeruk/cili merah potong
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
taugeh

Caranya

Tumiskan bawang dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan cili. Tumis hingga naik minyak.

Masukkan sos2. Kacau seketika. Masukkan air secukupnya dan kacau sebati. Masukkan sotong. Pecahkan telur. Biarkan seketika hingga telur mengeras. Masukkan sayur dan udang. Masak hingga udang berubah warna dan melengkung....biar didih. Tutup api dan hidangkan bersama mee dan tabur bahan hiasan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...