Petang tadi saya buat puding jagung. Lama dah tak makan....kakak yg no 2 suka sangat buat puding ni sampaikan hubby gelar puding mak yang....hehehe Biasanya buat main agak2 jer....tapi sebab nak post kat sini saya guna resepi dari MaDiHaA aka Ratna ni....hasilnya sedap cuma sukatan gulanya perlu dikurangkan....pada saya rasanya agak terlalu manis. Saya juga gantikan susu dengan santan.....
PUDING KASTARD JAGUNG
Bahan-bahannya:-
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
(saya tak letak susu cair tapi saya guna 4 cawan santan dari sebiji kelapa)
1 1/2 cawan gula pasir (gula ni lain kali kena kurangkan jadi 1 1/4 cawan jer)
1 1/2 cawan tepung kastad
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat).
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment