Thursday, February 5, 2015

Asam pedas zulfaza

Asam pedas zulfaza

bahan2nya

5 potong ikan jenahak
*20 biji cili kering (rendam sampai lembut)
*10 ulas bawang merah
*6 bawang putih
*2 inci halia
*seketul kunyit hidup
2 kuntum bunga kantan
daun kesum
segenggam asam jawa (bancuh dengan secawan air)
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Tomato
bendi

cara2nya

Kisar *. Tumis * hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Kacau sebati. Masukkan bendi. Masakkan seketika. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan garam dab gula. Kacau seketika. Masukkan ikan, kantan dan daun kesum. 

Masak ikan selama 10 minit. Sebelum tutup api masukkan tomato. 


Ni hasil dari ladang sekangkang kera depan rumah.....masa mengemas kebun nampak isi kunyit dah timbul2...tarik dua rumpun jer dan hampir penuh sebesen....dekat sekg beratnya. Kalau beli berapa rm agaknya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...