Wednesday, February 25, 2015

Roti burger pandan

Roti burger pandan ni buat untuk sarapan...... buatkan banjo jer. Kejadian roti ni memang cemerlang....ringan jer selepas dibakar....gebus giler...

Roti burger pandan

Bahan2nya

250 tepung roti/gandum
100 gm yogurt
60 gm air
25 g telur (1/2 biji)
20 gm gula (saya letak 30 gm)
3 gm garam
30 gm margerin
2.5 gm yis
1 sk baking powder
1 sk pandan paste

Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali margerin. Uli sebati dan masukkan marjerin. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM.

Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab.Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan bahagi dok ikut citarasa. Lepas tu bulat2kan, susun dalam loyang. Biarkan naik 2 X ganda. Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Suhu oven 180 - 200°C selama 20 minit atau hingga keperangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...