Saturday, February 7, 2015

Nasi cili hijau

Lama dah tak buat....bila member group whapp dok bercerita pasal nasi ni terus jer cari bahan utk buat.....Makan dengan daging dendeng, kulit lembu tumis dan sweet apricot lamb shoulder.

Nasi cili hijau
Zulfaza love cooking

3 cawan beras basmati (dibersihkan, direndan 30 minit dan toskan) 
1 cawan susu segar
2 3/4 cawan air 
2 inci halia (potong panjang dan halus) 
6 ulas bawang putih (dicincang halus) 
1 biji bawang besar (dipotong dadu) 
10 biji cili hijau - boleh lebih atau kurangkan bergantung kepada kepedasan cili (dikisar jgn terlalu halus...kalau guna food processor sedang elok halusnya)

Rempah tumis

1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga 
4 biji bunga cengkih 

Garam secukup rasa 
3 sudu besar minyak + 2 sb minyak sapi untuk menumis 
Sedikit pewarna makanan hijau.

Cara2 nak masak 

Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kemudian masukkan cili hijau dan tumis hingga cili naik bau tutup api.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan bahan tumis, susu, air dan garam. Kacau rata dan tutup periuk dan tanak hingga nasi masak, titiskan pewarna makanan dan biarkan sebentar. 

(Saya tanak atas dapur....saya tumis bawang2 dan rempah tumis hingga naik bau.....masukkan cili hijau. Tumiskan seketika hingga naik bau. Kemudian saya masukkan beras dan tumiskan seketika dan gaul rata dengan bahan2 tumis tadi. Masukkan susu, air dan garam. Tanak hingga air hampir kering. Kacau sesekali masa air.masih banyak. Bila air dah kering kecilkan api dan titiskan pewarna. Tutup periuk rapat2. Masak lagi dalam 7 minit dengan api perlahan. Dah masak...biarkan nasi dalam 5 -10 minit sebelum karih utk dapatkan hasil yg terbaik)

Siap tuk dihidangkan.. Boleh juga dihiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.


Dendeng daging

Kulit lembu tumis cili hijau

Sweet apricot lamb shoulder

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...