Thursday, February 5, 2015

Cucur daun bawang cicah kuah kacang

Sarapan pagi ni saya buatkan cucur daun bawang sebab kuah satay haritu banyak lagi. Tak mau simpan lama sangat. Anak2 yang sebelum ni susah nak makan daun bawang dan seumpamanya, pagi ni tengok makan dengan berseleranya.....tambah2 bila saya suapkan.....hehehe...tak sia2 tanam bawang kat depan rumah..

Cucur daun bawang

2 cawan tepung gandum
*2 biji bawang holland
*1/4 cawan udang kering
1 cawan air
secekak daun bawang
(boleh tambah cili kisar kalau inginkan cucur yang sedikit pedas)
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

kisar *. tuang dalam mangkuk dan masukkan tepung, garam dan daun bawang. Gaul sebati, pastikan adunan tidak terlalu cair (tambah tepung) atau pekat (tambah air). Panaskan minyak dan jemput2 cucur ke dalam minyak. goreng hingga keperangan.


seronok menayang hasil ladang sekangkang kera.....hari ni menuai daun bawang....tanam tak sampai sepuluh biji pun dalam kotak polisterin tapi tengok la hasilnya....
Aritu membersihkan bakul bawang...kulit dan sisa2nya saya taburkan kat tanaman depan rumah tu....sekali tengok banyak pulak pokok bawang yang tumbuh....saya alihkan dan tanam dalam pasu...share dengan pokok limau purut....tak lama lagi boleh tuai hasilnya pulak.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...