Thursday, February 5, 2015

Roti nasi

Petang tadi sempat la mengadun roti nasi....cadangnya nak buat sarapan tapi mlm ni jugak saya dah ngap 3 keping....cicah ngan kari telur ikan yg hubby masak sebelum pegi surau tadi.....sedap....tambah pulak dengan kuah asam pedas (kuah jer tinggal...ikannya da habis) menu tengahari.....

Kombinasi yg cukup baik dan mengenyangkan


Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam 

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender,  gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga selama 10 minit. Masukkan margerin dan uli lagi hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan). 

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh naik dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

6. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

7. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.- 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...