Friday, February 6, 2015

Kuih lopes

Lama tak buat kuih ni....kekadang bila nak buat kelapa takde la...pulut takde la...ermmm macam2 alasannya...pagi ni baru la jafi kenyataan...lagipun pagi ni ada kelapangan sikit sebab lauk untuk lunch hubby dah masak malam tadi dan roti untuk makan dengan sup cendawan pun dah siap bakar malam tadi jugak.....tu yg boleh buat kuih ni.


Kuih lopes

Bahan2nya

2 cawan beras pulut
2 cawan air (atau air daun pandan)
sedikit garam
Paste pandan jika takde air pandan

Masak seperti masak nasi. 

Kelapa parut yg digaul garam secukup rasa (saya kukus kelapa ni supaya tahan lama)

Air gula melaka

2 ketul gula melaka
2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul

Masak hingga semua gula larut dan air gula sedikit pekat.

penyediaannya

ambil sesenduk pulut dan leperkan. (Saya alas dengan plastik supaya tak melekit2)  Ambil gelas atau cawan plastik. Celupkan gelas di dalam air dan tekap pulut. Gaulkan dengan kelapa parut. (Ulang proses hingga selesai - setiap kali celup gelas dalam air untuk mengelakkan pulut melekat pada gelas). Hidangkan bersama air gula.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...