Wednesday, December 4, 2013

Roti sosej

Malam ni first time guna bread improver untuk buat sausage bun ni. Saje nak tgk perbezaan roti yang dibuat letak n tak letak benda ni....biasa guna nasi atau water roux untuk lembutkan roti tapi bila letak improver nih memang hasilnya sedikit berbeza.....

Roti2 yang saya buat takpernah juga letak egg wash sbb saya ni sensitif skit dengan bau hanyir telur tu...jadi yang kilat skit2 tu cuma la butter yg disapu selepas roti keluar oven.

Untuk roti ni saya guna resepi doh asas biasa dan uli guna BM.

sumber asal facebook kelab roti di link Resipi roti boleh dipelbagaikan. 

Bahan2

...

500gm tepung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum

100gm gula kastor

40gm susu tepung

1st bread improver

11gm yis atau sepeket yis

sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk = 265gm

80gm butter

cara

campur bahan kering dan masuk bahan cecair

uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik

perap 30minit buang angin

bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda

bakar suhu 180c

suhu bakar ikut jenis oven anda

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...