Thursday, December 19, 2013

Sambal gesek

Saya blog walking dan baca macam2 versi....dulu kat kampung kitrg tak tumis sambal bilis ni...mkn mentah2 jer tapi saya tak suka versi tu...hubby pun tak pandai makan bilis mentah jadi saya pilih versi tumis.....yg tumis ni pun ada perbagai cara....ada yg tumbuk bilis asing dgn cili pastu tumuskan bilis sampai garing baru masuk cili.....tapi saya buat kerja mudah...itu la hasilnya.
2 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili padi (ikut nak pedas mana)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
4 biji limau kasturi (perah airnya)
1/4 cawan minyak masak
Tumbuk cili, bawang hingga separa lumat. Masukkan bilis yang dah dibasuh dan direndam seketika. Tumbuk kasar. Tumis hingga garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
Tutup api dan toskan minyaknya. Masukkan ke dalam mangkuk dan perahkan limau bila nak makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...