Tuesday, December 17, 2013

Lepat pisang bakar dan kukus

Balik kampung aritu banyak la stok pisang yg dah terlebih ranum. Daun pisan pun banyak. Mak mentua suruh bawa balik 3 tandan tapi tak muat keta la pulak... yang ads ni pun dah cukup banyak....alhamdulillah...

Balik jer dari opis terus la mulakan operasi. Buat dua jenis lepat, bakar ngan kukus. Ingat kat kampung dulu2....saya suka lepat bakar ni sebab bau daun yang dibakar tu semerbak....

Saya suka kalau lepat yg lembut sebab pisangnya byk. Setengah orang tak suka lepat ada inti kelapa tapi saya suka plak.....ada juga yang gaul kelapa dengan adunan pisang tu....terpulang la kan....ikut la gaya dan selera masing2.

Lepat ni kalau tengah panas tu mungkin macam lembik...tapi kalau dah sejuk ok jer lembut dia.

Bahan2

3 cawan pisang lenyek (pisang awaj, abu, berangan....boleh jer guna)
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula (ikut citarasa)
1 sk garam
Kelapa parut yang digaul garam secukupnya
Daun pisang - dijemur atau dilayukan atas api. Potong dan trim daun.

Gaul semua bahan kecuali kelapa parut.

Cara2nya.

Ambil sehelai daun. Gunting bahagian pangkal yang ada pelepah tu.
Ambil  2 sb adunan. Ratakan atas daun, letak inti, gulung dan lipat dua2 hujung Susun dalam loyang. Ulang proses hingga selesai.

Panaskan air kukusan kalau guna kukus biasa. Kukus selama 1/2 jam.

Kalau di bakar saya ejas skit kaedahnya...dulu2 daun pisang tu letak dalam kuali leper, pastu letak adunan dan inti pastu lapis ngan daun...daun tu sapu minyak skit. Tutup kuali supaya lepat cepat masak. Daunnya akan hangus skit dan lekat skit kat lepat....

Tapi kali ni saya ubah skit caranya...saya guna nonstick pan. Letak minyak skit. Tuang adunan. Ratakan...letak inti dan tuang adunan atas inti...pastubila bahan bawah dan kekuning coklat skit terbalikkan. Pastu baru lapiskan dengan daun dan biar dia masak dan daun keluarkan bau harum tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...