Saturday, December 21, 2013

Lempeng kelapa cicah sambal sotong kering

Dari malam tadi dok plan buat lempeng untuk sarapan. Jemu dok sarapan kat kedai....so mintak hubby buatkan sambal dan saya buat kopi o ngan lempeng.
Bestkan memasak secara berjemaah dgn en hubby...
Sedapnya alahai....kalauvtaknak makan ngan sambal, cicah susu pekat pun sodap.
Buat utk minum petang pun ok...tambah plak time hujan...sejuk2 perut lapar, pekene lempeng ngan kopi o.....perghh....
Cerita banyak pun tak guna....jom masak....
Lempeng kelapa
1 cawan kelapa parut
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 biji telur (optional)
Garam secukup rasa
Gaul sebati semua bahan.
Panaskan kuali non-stick. Tuangkan sedikit minyak masak. Tuangkan sesenduk adunan. Leperkan. Biar masak. Terbalikkan. Biar 5 minit. Dah siap....
Lempeng ni tak payah buat garing2 pun...
Sambal sotong encik hubby
*1 inci halia
*3 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
1 batang serai diketuk
1 biji bawang holland dipotong bulat
250 gm sotong kering - rendam dengan air panas hingga kembang dan toskan.
3 sb cili kering kisar
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
..........
Tumbuk *. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan cili hingga pecah minyak.
Masukkan * dan serai. Kacau rata dan biarkan hingga naik bau. Tambah air asam dan kacau sebati. Masukkan sotong. Tambah air. Masak hingga sotong lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa....masak hingga kuah sedikit pekat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...