Monday, December 30, 2013

Roti perisa kopi blueberry

Resepi roti kopi blueberry ni saya ejas daripada resepi2 rujukan yg pelbagai. Resepi utamanya daripada isma maisara.
Tengah syok meroti sekali gitu oven besar yg dah berkhidmat lebih 10 tahun tu meletup la pulak.....dah ajal diakan....penat dah bekerja ngan tuan dia yg tak reti2 nak penat nih.....

Nasib baik ada oven comel....tapi terpaksa tukar fesyen la....memandangkan si kecik tu tak ble masuk loyang besau....

Nampak gayanya lepas ni kena kumpul bajet nak cari oven baru.....sebab oven kat rumah ni bukan untuk bakar roti, kek, biskut jer....oven tu jugak la dok guna untuk masak nasi arab, dia juga la panggang lamb....ayam....macaroni....pizza....lasagna...macam2 keja dia...

Cakap pasal ayam, baru jer beli ayam untuk masak honey mustard roasted....camna erk....bahan suma dah ready......tak pe kot....guna pemanggang ajaib jer la nanti...

Resepinya....

600gm tepung gandum

11 gm yis segera

2 sb esen kopi/mocha

1/2 cwn gula halus

1 sk garam

4 sudu besar susu tepung

1 sk baking powder

1 sudu kecil bread improver

2 sudu besar water roux

1 biji telur

180 ml air 

2 sb shortening/mentega

Satukan semua bahan. (Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh.) Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Kalau guna breadmaker.....masuk dulu bahan cecair, gula dan esen kopi. Pastu bahan2 kering dan garam. Pastikan yis dan garam tak duduk dekat2 yer....nanti yis mati...pastu pilih program dough. Dah siap, keluar dan tumbuk utk buang angin dia dan bentuk ikut kreativiti masing2.

Water roux

1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

Yang kat bawah ni roti yg terpaksa dibakar guna oven kecik . Yg 3 ketul tu sebab dah dibuat design sama maka bakar gak dalam loyang tu dan susun rapat sampai melekat kejadiaannya. Bakinya buat la design biasa tu dan tabur badam bg memeriahkan suasana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...