Sunday, December 22, 2013

Ngaku aka arrowhead chips

Bila nak dekat raya cina baru la dapat makan benda ni....kiranya setahun sekali je jumpa buah ni...jadinya tiap kali bertemu musim mesti tak nak lepaskan peluang untuk menikmatinya.

Tapikan satu jer yang saya malas....nak kupas kulit dia tu....pastu dapatnya sikit jer....mana taknya....sambil goreng sambil mengunyah....hahaha...

Buat chip ngaku ni simple jer...buah yg dah siap kupas tu dibasuh. Rendam dalam air ais. Pastu hiris nipis2 dan rendam jap dalam air ais bergaram. Pastu toskan dan goreng dengan minyak banyak hingga garing. (kalau tak rendam dalam air garam, boleh bubuh garam dalam minyak gorengan) Angkat dan toskan.

Dah sejuk simpan dalam bekas kefap udara kalau sempat la.....hahaha...

Yang banyak2 tadi yang sempat letak dalam bekas ni jer la.....tapi tak tau la betapa lama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...