Sunday, December 15, 2013

Tomyam ayam

Menu tengahari ni simple jer.....penat balik kampung tak hilang lagi....lauk pauk pun dah semakin menyusut kat freezer tu...perut dah keroncong....kena fikir menu ringkas jer yg cepat dimasak sedap dimakan....

Untuk tomyam ni saya guna dua jenama paste ready made.....yg homemade dah habis stok. Nak buat baru bahan takde...

Tomyam ayam simple

*1/2 ekor ayam - potong kecil
*1 batang karot - potong bulat
2 biji tomato belah 4
1 biji bawang holland - hiris bulat
*4 ulas bawang putih - hiris
*2 inci halia - hiris
*2 batang serai - ketuk
*5 helai daun limau purut - hiris
1 pokok daun ketumbar - hiris
*10 biji cili padi - potong kecil
*1 sb perencah tomyam nona
*1 sb perencah tomyam knor
7 biji limau kasturi - perah airnya
Garam dan gula secukup rasa
______

Dalam periuk, masukkan 6 cawan air. Tambah bahan *. Masak hingga ayam empuk. Tambah garam, gula, air limau, bawang dan tomato. Kacau dan biarkan didih seketika. Tutup api. Masukkan daun ketumbar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...