Sunday, December 22, 2013

Asam pedas

Asam pedas ni ada banyak versi....dan macam2 gaya. Ada yg letak halia, kunyit hidup, bawang merah dan ptih,  ada yg tak letak halia. Ada yg letak serbuk kari, kerisik dan lada hitam.

Setengah orang buat kuahnya pekat, ada yng cair jer...dan setengah tu bila tumis suka letak minyak banyak sampaikan permukaannya nanti penuh dengan minyak tapi saya guna minyak sikit jer...

Bawang bebagai tu pula ada yg blend sekali ngan cili, ada yang tumbuk asing....

Menumis pun setengah orang tumis cili dulu pastu masuk bawang dll, ada yang tumis bawang dll baru masuk cili.....

Keperbagai tu yg buat menu ni tak jemu dimakan dan jadi antara menu utama kat umah ni....saya ngan hubby kekadang masak ikut versi yang berbeza, tapi rasanya tetap memikat selera....

Kali ni saya buat asam pedas cair jer sebab terkenang2 masa makan kat gerai mak pon,  muar aritu. Asam pedas dia cair jer, daun kesumnya pun sikit jer.....pastu tak letak bunga kantan pun tapi disebabkannya ikannya fresh.....baru naik dari bot nelayan.....jadi sedapnya rasa dia.

Kali ni pun ikan saya ni fresh sgt....memang takde pengawet sebab saya beli kat pasar nelayan sungai yu...semalam, sampai jer dah goreng seround....pg tadi goreng lagi......rasa tak puas2 mkn ikan2 fresh nih...

Tengahari ni saya masak dua jenis ikan....kembung dan baji.

Bahan2

Kisar lumat

5 biji merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering rebus atau rendam air panas

-----------
5 ekor ikan kembung (macam2 ikan ble guna)
Daun kesum
1 kuntum Bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa
Air asam
3 cawan air
Bendi/tomato
Minyak untuk menumis

--------------

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak atau pun dah kering skit.

Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebati. Tambah air, kacau (masukkan bendi) dan biarkan mendidih. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan (ikan fresh tak perlu masak lama2) (masukkan tomato yg dibelah 4).
Biar seketika dalam 5 minit dan tutup api.

(Kalau nak buat pes asam pedas, selepas masukkan air asam, masak pes hingga pekat dan boleh simpan dalam bekas bertutup. Bila nak masak, tambah air, daun2, sayur dan ikan jer)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...