Thursday, December 5, 2013

Kek coklat keju meleleh

Sumber fb group masakan, kek dan biskut.

Bahan A

1/2 ketul butter
1 cawan susu cair
1 cawan coklat
1 cawan gula

Masak hingga sebati, butter cair dan gula hancur. Tutup api dan ketepikan.

Bahan B

3 biji telur ( pukul hingga kembang)

Bahan C

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat
1 sb esen vanila
1 st baking powder
1 st baking soda

Satu kan A dan B. Masukkan C. Sebatikan semua bahan dengan whisker atau senduk kayu. Tuangkan ke dalam loyang yang dah digris atau dilapik dengan baking paper.  Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan tak jatus atas kek. Kukus (air kukusan telah dididihkan terlebih dahulu) selama 45 - 60 minit.

Cheese topping

250 gm cream cheese
1 cwn susu pekat
1/2 cawan susu cair

Pukul sebati hingga berkrim.

Parutan keju cheddar secukupnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...