Tuesday, December 24, 2013

Apam milo

Petang mood membuat apam datang. Resepi kali ni saya cilok daripada Jintan manis. Macam2 versi apam ada sekarang. Sesetengahnya mcm cupcake pun ada kalau dulu yg saya tau nak buat apam mesti ada tapai nasi. Susah tau, yis pun tak banyak pilihan. Kekadang tu apam tak naik. Resepi sekarang ada yg tak guna yis pun, guna baking powder la, baking soda la, ovellete la, eno, air 7 up pun ada. Semua inovasi ini  menyeronok2 untuk mencuba resepi2 yg ada.

Jom kita intai kejadia apam kali ni......wowww.......Apam kali ni terlajak gebu la....bestnya...rasanya pun sedang2 manis jer.


Ini resepinya

Bahan-bahannya
150gram tepung gandum
6 sudu besar serbuk milo
120 ml susu segar
50 gram gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
Saya tambah secubit garam dan 1 sk yis
1 biji telur
Cara-caranya
1. Ambil separuh bahagian susu segar ( 60ml) panaskan sebentar dan campurkan 6 sudu besar serbuk milo, kacau hingga milo larut.
2. Kemudian Ayak tepung gandum dan baking powder, selepas itu pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan baki susu segar, tepung yang telah di ayak dan bancuhan milo tadi. kacau  menggunkan spatula atau senduk kayu.
3. Akhir sekali masukkan minyak masak, kacau sebati. Perap sekejap, dlm 1/2 jam. 

4.  tuangkan di dalam acuan, letak hampir penuh pun takpe, dan kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api kuat. Sedap dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Kat bawah ni saya share 2 resepi lain yang mudah untuk dicuba...

Apam koko

BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh soda baikabornat
2 susu besar serbuk koko 

senang jer masak dia.. campurkan kesemua bahan dalam blender kisar sehingga sebati. kemudian masukkan dlm cup cake, LETAK DALAM acuan lompang kukus 10 minit sehingga masak...

Apam gula melaka
Yatiememories

Bahan-bahan
125gm gula pasir
125gm gula Melaka - dipotong kecil2
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak
Papercup secukupnya.

Cara-cara
Sediakan acuan dan panaskan kukusan.Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...