Monday, December 23, 2013

Sayur rebus betik muda (masak bening)


Ramai yg tak biasa makan masakan ni. Saya pun sebab masa kecik kst kampung dulu biasa la kakak2 n mak tiri masak.  Pernah sekali kawan ofis cerita sambil tunjuk gambar masakan pemberian jirannya nih, dia or hubbynya dok refer benda ni macam airbasuh tangan. Kesian pulak kat diorang. Makanan simple tapi sedap ni kalau makan cicah sambal, boleh berpeluh makan. Nasi plak panas2, lauk kembung goreng pun dah ok sangat....

Tapi itu ikut selera saya, orang kampung ori nih.....Kat kampung pokok betik ada kst merata....takde kat rumah ble minta jiran punya...jadi nak kata kebulur kalau duduk kampung susah nak percaya.....keliling rumah penuh dengan makanan, berkhasiat pulak tu...

cara penyediaan dan bahan dia senang jer.
kupas betik muda tapi tak muda sangat.....yg dah oren2 skit tapi masik keras
potong nipis mcm dlm gambar tu la.
hiris bawang merah
daun kunyit carik2kan
ikan bilis atau udang kering sebagai perencah
hiris cili merah
panaskan air dalam periuk. 
Letak garam skit. 
Bila dah didih masukkan la semua bahan2 tu. Masak jer sampai betik tu lebut tapi jangan la sampai benyek. Dah siap...
hidang dengan sambal belacan ke, sambal hijau ke, sambal gesek ker....ikut la macam2 mana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...