Tuesday, December 10, 2013

Moist fruit cake

Resepi kek buah ni saya dapat dari blog siti delima. Buat untuk bawa balik kampung. Saya buat dua bancuhan. Satu utk mkn kat rumah dan tabur badam kat atas dia.

Kek buah ni sepatutnya simpan semalaman sebelum potong tapi saya ni biasa la....panas2 dah potong sbb suka makan bila dia panas.

Saya suka kek ni sebab tak manis sangat sama macam cinnamon apple muffin yg saya buat tadi...

380 gram susu pekat manis *
400 gram mixed fruits *
250 gram mentega *
1 cawan air * - 250 ml 
2 biji kuning telur

3 cawan tepung gandum ( 380 gram)
1 sudu kecil baking soda ( 5 gram )
1/2 cawan jus pati mangga (boleh juga guna jus orange)  - saya guna sunquick oren

Cara2nya

1.  Masukkan bahan yang bertanda * dalam periuk. Masak atas api sederhana sambil dikacau sehingga mentega dan susu larut. Angkat. Bila sudah suam, masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3 - 4 jam.

2. Panaskan oven 170' C. Gris loyang 8 x 8 inci dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan.

3. Keluarkan adunan susu pekat tadi dari peti sejuk campurkan dengan telur kuning. kacau rata.

4. Masukkan sedikit-sedikit tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam adunan buah berselang seli dengan jus orange dan diakhiri dengan tepung. Kacau rata mengunakan spatula.

5. Bakar lebih kurang 50 - 1 jam.  Jangan overcook nanti kek kering. Simpan dalam bekas kedap udara.

Nota: Lebih lama disimpan, kek buah lebih lembab dan sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...