Sunday, December 8, 2013

Masak lemak burung puyuh

Pegi pasar stadium jumpa burung puyuh....beli la dalam 15 ekor.....mula2 dok pikir nak digoreng berempah jer...tanya kat hubby ble masak lemak tak....hubby cakap boleh tapi diorg buat dengan burung punai....lebih kurang jer la...

Kali ni saya buat masak lemak tumis. Cili n bawang tu tumis dulu......

Bahan2nya

6 ekor burung puyuh ~ 1kg - belah 4
3 sb cili kering yg dah dikisar (nak pedas tambah la lagi)
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
*1 ketul kunyit hidup (lebih kurang sebesar setengah ibu jari)
2 keping asam gelugur/keping
4 cawan santan dari sebiji kelapa
1 helai daun kunyit
2 btg serai diketuk

3 biji tomato dibelah 2
2 biji kentang dibelah 4
(Boleh juga dimasukkan cili padi dan cili merah yg dibelah dua)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

------
Tumbuk lumat *. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis * hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga naik minyak. Masukkan serai dan daun kunyit.

Masukkan puyuh dan kentang. Gaul rata dan biarkan masak seketika. Kacau sekali sekala.

Masukkan santan. Tambahkan tomato dan asam keping. Perisakan dengan garam. Kacau sebati dan masak hingga mendidih dan kentang empuk. Tutup api dan hidangkan.


Makan plak dengan ikan masin goreng...perh....sedap tak hengat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...