Bahan-bahan ( 1 biji kek )
160g butter (SCS) ( guna mentega tulen untuk rasa yang lebih sedap dan berkhasiat)
100g cream cheese (philadelphia) - saya guna jenama tatura
200g gula kastor (saya kurangkan jadi 160 gm saja)
5 biji telur (gred A)
**Parutan kulit lemon (sebiji lemon)
**2 sb perahan lemon
210g tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
Cara-cara
Panaskan oven 170 degree C
Sediakan loyang sapu mentega dan alas. Ketepikan.
Masukan butter, cream cheese dan gula dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan telur kuning satu per satu dan selebihnya telur putih ke dalam adunan tadi.
Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri ke dalam adunan. Kacau rata.
Masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 45minit.
**saya tambah supaya hilang bau hanyir telur.
****saya bahagikan bancuhan kepada 2 warna. Sajer jer sebab nak cantik sikit....budak2 suka.
No comments:
Post a Comment