Tuesday, June 4, 2013

Puding sagu gula melaka

Resepi ni saya cnp dari singgahsana kitchen. Saya buat satu warna jer. Memang laku sangat. Kalu bulan puasa mesti mengancam terutamanya bila di hidangkan sejuk2.

Hasil saya tak la cemerlang sangat sbb masih ada putih2 sagu tu...tak jernih semua. Munglis kacau kejap sangat sebab nak cepat...tapi masih laku tak berbaki....hahaha sukanya dalam hati...

BAHAN-BAHAN:

450 GM SAGU - DIBASUH DAN DIRENDAM DENGAN 600 ML AIR SELAMA 30 MINIT DAN TOSKAN
2 LITER AIR
PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING

CARA:
PANASKAN AIR SEHINGGA MENDIDIH DAN MASUKKAN SAGU, MASAK SEHINGGA SAGU JERNIH. BASUH SAGU DI BAWAH AIR YANG MENGALIR UNTUK MENGHILANGKAN KANJINYA.
BAHAGI KEPADA EMPAT BAHAGIAN, CAMPURKAN SETIAP BAHAGIAN DENGAN PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING (LEBIHKAN BAHAGIAN PUTIH).
MASUKKAN SAGU WARNA DAHULU DI DALAM ACUAN DAN TUTUP DENGAN SAGU BERWARNA PUTIH.
SEJUKKAN SAGU DI DALAM PETI SEJUK SEBELUM DIHIDANGKAN BERSAMA SIRAP GULA MELAKA DAN SANTAN.

BAHAN

SIRAP GULA MELAKA:
250 GM GULA MELAKA - DIRACIK HALUS
50 GM GULA PASIR
2 HELAI DAUN PANDAN
300 ML AIR

CARANYA:
MASAKKAN SEMUA BAHAN SEHINGGA MENDIDIH DAN TAPIS.

BAHAN SANTAN:

250 ML SANTAN PEKAT
250 ML AIR
2 HELAI DAUN PANDAN
2 TSP GARAM

CARANYA:
MASAK SEMUA BAHAN SEHINGGA MENDIDIH DAN TAPIS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...