Wednesday, June 5, 2013

Agar-agar susu

resepi ni saya cnp dari http://ummiakid-lily.blogspot.com. Sedap....cuba jangan tak cuba. Saya kiub2 kan warna2nya yang dah dibekukan, tak buat berlapis pun dan tuangkan dalam agar2 yang putih bersusu tu.


Sumber Resepi Asal: Ct Delima
Bahan Lapisan Susu :
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila

Caranya :-
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sebentar.
Bahan Agar² Berwarna :-
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
Pewarna makanan yang disukai

Cara-Cara :

  • Masak agar-agar bersama air hingga agar² larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. Asingkan 2 1/2 cawan dan masukkan sedikit saje pewarna pink dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.
  • Tuangkan agar agar selebihnya ke dalam mangkuk kecil² yang dibahagi kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Biarkan beku. Dan bila sudah beku potong kecik².
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan susu dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan agar² pink dan dimasukkan agar² warna warni tadi. Jangan sampai terlalu keras adunan susu tadi, agak² keras sedikit saje. (buat dengan cepat takut agar2 susu akan cepat beku).
  • Bila adunan agar² pink dah hampir keras letakkan lagi baki agar² susu tadi. Bekukan dan boleh dimasukkan dalam peti ais. Hidang semasa sejuk.
* Nota * Bila lebihan agar² susu seakan nak pekat, bolehlah tenggekkan lagi atas api sebentar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...