Tuesday, May 28, 2013

Bingka pandan

Resepi saya cnp daripada MaDiHaA aka Ratna. Sedap, lemak dan harum dengan bau pandan. Hahaha....atasnya tergelap sikit sebab terlupa bingka kat dalam oven....konon2 kuatkan api supaya atasnya garing skit tapi dah terlebih pulak kejadiaannya.

Bahan2

10 helai daun pandan ~ hiris halus & blend dengan 1 cawan air ~ perah ambil pati jadikan 1 cawan
3 cawan santan (jumlah cecair iaitu santan & jus pandan = 4 cawan)
4 - 5 biji telur gred A (kalau telur kecik.. buh 6 biji)
1 3/4 cawan gula
3 cawan tepung gandum secubit garam
Bijan ~ disangai (ku tak bubuh)

Cara
1. Masukkan telur, gula & garam dalam satu bekas & kacau guna whisker hingga rata...
2. Terus masukkan santan & jus pandan dan kacau lagi hingga gula larut.
3. Masukkan tepung gandum secawan demi secawan dan kacau hingga rata.
4. Panaskan oven 175 - 180C & lengserkan keseluruhan dalaman acuan berlubang dengan 3 sudu besar minyak masak. (boleh juga guna acuan lain... tp masa membakar agak2lah yer.. 5. Tapis adunan ke dalam bekas lain dan tuangkan ke dalam acuan.
6. Bakar guna api bawah selama 30 minit kemudian keluarkan kuih dan tabur bijan dan sambung bakar lagi dengan api atas & bawah selama 35 - 40 minit lagi atau sehingga masak. 7. Sejukkan terlebih dulu sebelum memotong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...